- Perubahan minat belia terhadap sektor perkilangan dan perkhidmatan yang menawarkan gaji bulanan yang lebih lumayan dan tetap mendorong penghijrahan mereka ke bandar.
- Sistem pemilikan dan pemecahan tanah mengikut warisan pusaka menjadikan saiz tani semakin kecil. Aktiviti pertanian di kebanyakan kawasan luar bandar dijalankan pada skala kecil menjadikan sektor ini kurang ekonomik dan kurang menguntungkan.
- Pendapatan dalam sektor pertanian tidak menentu berbanding dengan sektor-sektor ekonomi yang lain. Ia dipengaruhi oleh harga di pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa yang tidak menentu.
- Sektor pertanian dikaitkan dengan golongan miskin. Kekurangan modal dan pengetahuan untuk mengusahakan tanah pertanian secara komersial menjadikannya kurang menguntungkan.
- Hasil pengeluaran sektor pertanian dipengaruhi oleh faktor perubahan cuaca dan iklim. Bencana alam seperti kemarau yang panjang, banjir dan serangan serangga perosak boleh menjejaskan hasil tanaman dan seterusnya mengurangkan keuntungan para petani. Risiko sedemikian boleh menjejaskan minat penduduk untuk menceburi sektor ini.
(Sumber: Diubahsuai daripada Kemahiran Geografi, Arah Pendidikan)
No comments:
Post a Comment